Resipi Pemakanan Rasulullah

INFO BUKU


HARGA : RM 17.00

Format: Art Paper (full colour)
ISBN: 9789673610808
Tahun Terbit: 2014
Jumlah Muka Surat:58
Penerbit : Kemilau Publika
Penulis: Umi Azah

SINOPSIS BUKU RESIPI PEMAKANAN RASULULLAH S.A.W

Meniru apa yang dimakan oleh Rasulullah Saw.

Buku ini adalah buku resipi yang dicipta untuk anda yang suka kepelbagaian pemakanan. Setiap resipi mengandungi bahan-bahan yang dimakan oleh Nabi SAW. Juga dilampirkan hadis-hadis Nabi SAW berkaitan dengan pemakanan Baginda. Ianya mungkin juga sebahagian rahsia Rasulullah SAW menjaga kesihatan dengan cara pemakanan. Tabiat pemakanan yang boleh juga diteladani mengikut selera anda. Amalan pemakanan Rasulullah Saw amat bertepatan dengan al-Quran, “Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan”(Surah al-A’raf, ayat 31).

Namun ini adalah sunah “JIBILIYAH”, yakni berdasarkan adat pemakanan zaman baginda SAW.

Makan, hari-hari manusia makan. Namun bagaimana makanan yang sesuai untuk badan. Ada manusia yang banyak makan, ada yang kurang makan.  Dari Aisyah, Bersabda Rasulullah saw kepadaku pada suatu hari:

“Wahai Aisyah! Adakah di sisi kamu sesuatu pun (untuk dimakan )?”Aisyah berkata:” Wahai Rasulullah! Tidak ada sesuatu pun (untuk dimakan)” Baginda bersabda “(Jika begitu) maka aku berpuasa”. (HR Muslim).

Firman Allah swt, Makanlah di antara rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepadamu, dan janganlah melampaui batas padanya, yang menyebabkan kemurkaan-Ku menimpamu. Dan barangsiapa ditimpa oleh kemurkaan-Ku, maka sesungguhnya binasalah ia. (Surah Thoha, ayat 81).

Makanlah dengan niat untuk kekuatan diri agar sempurna dalam beribadah kepada Allah swt. Buku ini terkandung resipi yang mudah serta ringkas. Resipi yang terdapat didalamnya adalah bahan yang dimakan oleh Rasulullah Saw, seperti kurma, madu, cuka, buah labu dan lain-lain lagi. Semoga buku ini memberi manfaat dan selamat mencuba.






Hubungi Kami
Sebarang Cadangan, Komen, dan Aduan berkaitan isi kandungan buku ini boleh diemailkan terus ke admin@bukuonline.com.my atau tinggalkan pesanan anda di ruangan komen. Kami akan meneliti setiap satu daripadanya dan akan membalas pertanyaan anda secepat yang mungkin. Sekiranya anda berminat untuk berkongsi buku-buku terbaru daripada anda ataupun daripada pihak lain di laman web kami, kami berbesar hati untuk menerima dan menyiarkannya. Terima Kasih.

Recommended For You

About the Author: bukuonlinemalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *