
INFO BUKU
HARGA : RM 23.00
Format: Paperback
ISBN: 9789670990125
Penulis: Syafie Mahyani
Tahun Terbit: April 2017
Jumlah Muka Surat: 263
SINOPSIS BUKU HATI INI MILIKMU
Persahabatan Hakim dan Anzalna sejak dari sekolah rendah telah membibitkan perasaan kasih antara mereka ketika menginjak dewasa. Perbezaan darjat dan keturunan menyebabkan perhubungan ini tidak direstui oleh Datuk Fahmi iaitu ayah Anzalna. Lantas beliau membuat keputusan untuk mengahwinkan puterinya itu dengan Zen, anak tunggal kepada Datuk Wahyu yang merupakan pemilik kepada syarikat Mantap Holdings.
Malangnya, hasrat Datuk Fahmi itu tidak kesampaian apabila mengetahui bahawa dirinya uba dibunuh oleh Datuk Wahyu sendiri.
Kehadiran Evelyn yang tiba – tiba cuba menggoda Hakim, menguji kesetiaan dan kepercayaan Anzalna. Tanpa mereka sedari, Azmi yang juga merupakan sahabat baik kepada Hakim dan Anzalna, secara senyap mempunyai sejarah hitam dengan Datuk Fahmi dan turut memendam rasa terhadap Anzalna.
Mampukah Hakim dan Anzalna mempertahankan cinta mereka setelah satu demi satu peristiwa mencabar cinta mereka terbongkar.?
