BAHASA KENALAN CINTA

INFO BUKU


HARGA : RM 25.00

Format: Paperback
ISBN-13: 9789674604967
Terbitan: 2017
Jumlah Muka Surat : 198
Penerbit: ITBM
Penulis: Abang Median Sharifah Abdullah


SINOPSIS NOVEL BAHASA KENALAN CINTA

Cerpen-cerpen yang terhimpun dalam Kumpulan Cerpen Remaja: Bahasa Kenalan Cinta ini memperlihatkan kebijaksanaan Abang Median Sharifah Abdullah mengolah pengalamannya sebagai pendidik dalam mendepani kerencaman jiwa remaja. Setiap pengalaman itu diolah, diadun, dan ditokok tambahnya dengan pelbagai rencah kehidupan lainnya hingga menjadikan setiap cerita yang disadurkannya menarik dan hidup, segar dan bertenaga.

Dengan penggunaan gaya dan lenggok bahasa yang segar, teknik pembacaan yang lancar, segala bentuk konflik yang ditampilkan tergambar jelas hingga membawa pembaca turut merasakan dirinya terselit di celah-celah konflik itu. Hingga demikian, pembaca turut berasa ingin terlibat dalam diri dan jiwa remaja yang diuji kemiskinan, diuiji kehilanan, diuji autisme, diuji psikosis, selain ingin berasa ingin mendampingi remaja yang alim dan kental semangat.

Tiga belas cerpen yang terhimpun dalam kumpulan ini memang terbukti kekuatan penceritaanya kerana hampir kesemuanya pernah memenangi sayembara penulisan di Bumi Kenyalang. Cerpen-cerpen yang termuat dalamnya wajar dibaca dan dihayati setiap lapisan masyarakat manakala cerita dan watak-watak remaja yang ditampilkan wajar diangkat sebagai suri teladan oleh khalayak pembaca, tidak kira pendidik, pelajar, malah ibu bapa sendiri.






Hubungi Kami
Sebarang Cadangan, Komen, dan Aduan berkaitan isi kandungan buku ini boleh diemailkan terus ke admin@bukuonline.com.my atau tinggalkan pesanan anda di ruangan komen. Kami akan meneliti setiap satu daripadanya dan akan membalas pertanyaan anda secepat yang mungkin. Sekiranya anda berminat untuk berkongsi buku-buku terbaru daripada anda ataupun daripada pihak lain di laman web kami, kami berbesar hati untuk menerima dan menyiarkannya. Terima Kasih.

Recommended For You

About the Author: bukuonlinemalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *