Koleksi Kisah Ceria Pengasah Akhlak Mulia 2

INFO BUKU


HARGA : RM 20.00

Format: Full Colour
ISBN: 9789673051229
Tarikh Terbit: 2009
Jumlah Muka Surat: 142
Berat (Kg): 0.284
Penerbit : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Diceritakan semula : Ghafarullahhuddin Din

Buku Koleksi Kisah Ceria Pengasah Akhlak Mulia menghimpunkan kisah-kisah teladan buat menyemai nilai-nilai murni yang penting untuk mengasuh pembinaan “Insan Beriman dan Beramal”. Kisah-kisah ini sebahagian besar adalah merupakan adaptasi daripada kisah-kisah dan cerita-cerita ceria yang biasa menjadi modal penceramah atau fasilitator kursus. Terdapat juga dalamnya kisah-kisah yang diadaptasi daripada buku-buku yang mempromosi kisah-kisah teladan. Kisah-kisah seumpama ini diharap dapat menceria pembaca di kala hendak merehatkan minda di samping memanfaat iktibar positif yang boleh dicetuskan daripada kisah-kisah tersebut.

Karya ini sesuai untuk insan yang sudah sekian lama ketandusan ukiran indah senyuman di wajah. Ia juga amat sesuai untuk insan yang sering berduka dan bermuram durja hingga lupa betapa indahnya keceriaan. Ia turut teramat sesuai bagi insan yang hanya berinteraksi dengan benda hingga lupa bahawa dia sebenarnya manusia. Koleksi kisah Ceria Pengasah Akhlak Mulia cuba menyemai seberapa banyak mungkin ciri-ciri keinsanan agar dapat membantu insan seumpama ini. Semoga karya ini sentiasa menemani pembaca budiman sekalian dengan penuh keceriaan tatkala bersantai merehatkan minda






Hubungi Kami
Sebarang Cadangan, Komen, dan Aduan berkaitan isi kandungan buku ini boleh diemailkan terus ke admin@bukuonline.com.my atau tinggalkan pesanan anda di ruangan komen. Kami akan meneliti setiap satu daripadanya dan akan membalas pertanyaan anda secepat yang mungkin. Sekiranya anda berminat untuk berkongsi buku-buku terbaru daripada anda ataupun daripada pihak lain di laman web kami, kami berbesar hati untuk menerima dan menyiarkannya. Terima Kasih.

Recommended For You

About the Author: bukuonlinemalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *